Rabu, 05 November 2008

“Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya denganTahap Motivasi Guru Sekolah Menengah “

A. Pengenalan
Pemimpin, atau kepemimpinan merupakan kepemilikan setiap orang atau individu, kerana tiap-tiap individu pada hakikatnya memiliki potensi pemimpin dan kepemimpinan dan dia abstract dan fitrah, terlepas potensi tersebut dikembangkan atau tidak, hal itu sebagaimana firman Allah Swt, bahawa setiap kamu adalah pemimpin dan akan diminta pertanggung jawaban atas apa yang dipimpin(Q.s……………)
Pemimpin atau kepemimpinan, tidak mesti ada sebuah organisasi yang dibawahnya mesti mengendalikan ramai kakitangan atau kerani, tetapi minimal adalah menjadi pemimpin bagi diri sendiri yang akan mempertanggung jawabkan apa yang telah kita perbuat sebagai pertanggung jawaban atas eksistensi sebagai pelaku social.
Demikian juga, andai kata menjadi pemimpin di sebuah rumah sekolah sebagai seorang pengetua, tentunya kepemimpinan seorang penegtua juga tidak terlepas dari pertanggug jawaban tersebut. Sebagai seorang pengetua, tentunya adalah pemimpin, oleh kerana itu dalam memajukan sekolah yang dipimpin seorang pemimpin atau setiap kepemimpinan memiliki Gaya (style) tersendiri.
Gaya kepemimpinan, tentunya tidak terbatas tetapi boleh sahaja mengarah kepada Performan, dan Komunikasi dalam berinteraksi dengan masyarakat organisasi yang di pimpin atau dibawah kepemimpinannya, kalau dalam pendidikan (sekolah) maka bagaimana gaya kepemimpinannya iaitu bagaimana seorang pengetua berkomunikasi dengan para Guru disekolah selaku sebagai seorang pengetua. Tetapi secara teori atau konsep yang berlaku, pemimpin memilki beberapa Gaya, diantaranya ada yang bergaya dengan Gaya autokratik , partisiapasi atau demokratis, dan ada juga bergaya Deligatif.
Pertanyaanya sekarang adalah Bagaimana Gaya kepemimpinan jika seorang pengetua tersebut adalah seorang wanita (jantina), kemudian bagaimana dia memotivasi para Guru disekolah kerana Gaya kepemimpinan yang kita bincangkan kembali dari tajuk hasil kajian ini adalah berada dalam kontek sekolah menengah.
Kerna Motivasi juga tidak kalah urgen dalam memajukan organisasi, yaitu bagaimana menjadikan warga organisasi yang didalamnya adalah para Guru. Motivasi juga berkait rapat dengan kepemimpinan, dan kesemuanya itu menjadi Salah satu karakteristik utama yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin adalah kemampuannya untuk memotivasi orang lain dalam mencapai tujuan atau misi dari organisasinya. Seorang pemimpin yang tidak mampu memotivasi orang-orangnya, tidak lebih dari seorang penunjuk jalan, yang tahu ke mana harus pergi tetapi sepenuhnya tidak dapat mengendalikan mereka yang dipandunya.
Motivasi itu adalah adalah dorongan dari luar terhadap seseorang sehingga seseorang memiliki parakdikma baru, hal itu boleh kita lihat dari asas motivasi itu sendiri, dimana Motivasi berasal dari motive atau dengan prakata bahasa latinnya, yaitu movere, yang berarti “mengerahkan”. Seperti yang dikatakan Liang Gie dalam bukunya Martoyo (2000) motive atau dorongan adalah suatu dorongan yang menjadi pangkal seseorang melakukan sesuatu atau bekerja. Seseorang yang sangat termotivasi, yaitu orang yang melaksanakan upaya substansial, Motivasi ini dimaksudkan untuk memberikan daya perangsang kepada pegawai yang bersangkutan agar pegawai tersebut bekerja dengan segala daya dan upayanya (Manulang , 2002). Menurut Martoyo (2000) motivasi pada dasarnya adalah proses untuk mencoba mempengaruhi seseorang agar melakukan yang kita inginkan. Dengan kata lain adalah dorongan dari luar terhadap seseorang agar mau melaksanakan sesuatu. Dengan dorongan (driving force) disini dimaksudkan desakan yang alami untuk memuaskan kebutuhan-kebutuhan hidup, dan kecendrungan untuk mempertahankan hidup. Kunci yang terpenting untuk itu tak lain adalah pengertian yang mendalam tentang manusia. Menurut Gitosudarmo dan Mulyono (1999) motivasi adalah suatu faktor yang mendorong seseorang untuk melakukan suatu perbuatan atau kegiatan tertentu
Motivasi adalah satu proses yang meghasilkan suatu intensitas, arah, dan ketekunan individual dalam usaha untuk mencapai tujuan. Merujuk devinisi tersebut, maka kita boleh mengatikan Motivasi Guru adalah sebuah usaha sunggu-sungguh oleh seorang Guru yang disertai ketekunan dalam upaya mencapai matalamat/objektifitas Organisasi, yaitu Institusi pendidikan(Visi,Misi dan Falsafah).
Pinder, (dalam Donovan, 2001, p.53). Mendefinisikan motivasi adalah & ldquo;a set of energetic forces that originates both within as well as beyond anindividual’s being, to initiate work-related behaviour, and to determine its form, direction, intensity, andduration” Diterjemahkan secara bebas, Motivasi adalah sekelompok pendorong yang mempunyai ciri-ciri sebagai berikut: (1).Berasal baik dari dalam maupun dari luar individu, (2).Dapat menimbulkan perilaku bekerja, (3).Dan juga dapat menentukan bentuk, tujuan, intensitas, dan lamanya perilaku bekerja tadi.

B. Sinopsis Jurnal
Tulisan ini merupakan cadangan atau analisa kritikal Jurnal “Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya denganTahap Motivasi Guru Sekolah Menengah “ yang merupakan hasil kajian dari Norhannan Rami & Jamaliah Abdul Hamid (2006). Adapun tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru terhadap gayakepimpinan pengetua wanita dan juga hubungannya dengan tahap motivasi guru di sekolah-sekolah menengah di Kajang, Selangor. Kajian yang dilakukan oleh pengkaji sebagaimana tersebut tadi adalah kajian dalam bentuk kuantitatif deskriptif yang dilakukan secara tinjauan dengan menggunakankaedah soal selidik The Leader Behavior Description Questionnaire (LBDQ)dan A Questionnaire Measure of Individual Differences in Achieving Tendency(QMAT) yang dalam kajian ini telah melibatkan 203 orang responden daripada tujuh buah sekolahmenengah di Kajang, Selangor.
Untuk mendapatkan hasil kajian, pengkaji menggunakan menggunakan kekerapan, peratusan, min, sisihan piawai, ANOVA dan analisis korelasi Pearsondengan penetapan aras ± = .05. Kemudian dalam kajian ini, Pengkaji mencoba mengkaji apakah tahap gaya kepimpinan yang mampu diketengahkan oleh pemimpin wanita dalam situasi sekolah mereka, secara lebih spesifik, kajian ini lebih bertujuan pada (1). Mengenal pasti persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanitadi sekolah-sekolah menengah di Kajang.(2). Mengenal pasti hubungan tahap motivasi guru dengan persepsi guruterhadap gaya kepimpinan pengetua wanita
Semua kajian inipun dilaksanakan secara tinjauan, iaitu meneroka persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua wanita di sekolah, dengan menggunakan kaedah soal selidik telah dipilih untuk mengumpul data daripada responden. Kemudian Pemilihan responden juga dilakukan berdasarkan sampel rawak mudah supaya setiap guru mempunyai peluang yang sama untuk terlibat dalam kajian, kemudian dalam soal selidik kajian ini, setidaknya ada mengandungi tiga bahagian. Bahagian A ialah soalan yang berkaitan dengan maklumat latar belakang berkaitan dengan ciri-ciri demografi guru, iaitu umur, taraf pendidikan tertinggi, tempoh kerjaya dalam perguruan dan tempoh mengajar di sekolah kajian. Bahagian B ialah soal selidik bagi mengukur gaya kepimpinan pengetua wanita yang mengandungi 45 item

Untuk memastikan item soal selidik boleh dipercayai dan ada kesahan, maka oleh pengkaji telah menjalankan satu kajian rintis di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Damai Perdana dan Sekolah Menengah Kebangsaan Miharja. Dengan menetapkan nilai Alpha Cronbach di tahap 0.60 kerana menurut Majid (1990),penkaji kesahan yang sering digunakan hendaklah melebihi melebihi daripada0.60. Seramai 30 orang responden daripada kedua-dua buah sekolah dipilih secararawak, dari semua proses kajian yang dilakukan oleh pengkaji, maka ada beberapa dapatan tentang gaya kepemimpinan pengetua wanita yang disampaikan secara kongkrit, iaitu Gaya kepemimpinan pengetua dipengaruhi oleh beberapa dimensi, iaitu dimensi struktur tugas dan dimensi Dimensi timbang rasa pula ialah dimensi kedua dalam gaya kepimpinan pengetua wanita. Sebagaimana teori gelagat yang dibuat Ohio State, kajian Universiti Michingan dan grid pengurusan. Kajian Ohio State melihat gaya kepimpinan pengetua dari dua dimensi iaitu dimensi berstrukturdan dimensi timbang rasa dalam (Tinah Binti Naim @ Nain,2007)
Dan berdasarkan Dapatan kajian telah menunjukkan korelasi positif yang signifikan, tetapi lemah antara tahap motivasi guru dengan gaya kepimpinan pengetua wanita, iaitu r= .22, p <.05 (lihat Jadual 10). Ini bermakna walaupun tahap motivasi gurudipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua mereka,tetapi hubungan ini adalah rendah.

C. Ulasan Kritikal Jurnal
Dalam Kajian Yang Ditulis Oleh Norhannan Rami & Jamaliah Abdul Hamid Dalam Jurnal Pendidikan 31 (2006) 53 - 69 Maka Ditemukan Berbagai Ulasan Beliau Secara Kritikal, diantaranya termasuk menyatakan bahawa di Malasia untuk masa sekarang dimana bilangan guru wanita dan pengetua wanita telah melebihi jumlah guru lelaki dan pengetua lelaki, meskipun menurut beliau dimana kebanyakan para pengetua Wanita mengalami atau selalu menghadapi dualisma dalam bebanan tugas, iaitu sebagai pengetua di sekolah dan menghadapi tugas dan tanggungjawab mengurus rumah tangga (Langer & Boris-Schacter2003).
Di ulasannya juga, dimana penulis juga mengakui bahawa untuk seorang pengetua wanita memang tidak mudah untuk atau dalam memberikan arahan kepada kakitangan atau staf di bawah pimpinannya supaya mereka dengan sukarela dan rasa tanggungjawab dalam melakukan tugas yang telah diarahkan(Kochan, Spencer & Mathews 2000).
Dalam aspek yang lain, para pengetua wanita juga seringkali dianggap mengalami halangan, gagal menyelesaikan masalah dan pembuat keputusan yang tidak cekap. Kemudian dalam aktifiti-aktifiti, para wanita juga dianggap memerlukan banyak bantuan tambahan disamping kurang bersedia untuk membuat sebarang keputusan. Selain itu, wanita dianggap tidak adil, kerap disalah ertikan kerana dikatakan membuat keputusan berdasarkan emosi dan sentimen.
Baron (1987)alam kajiannya mendapati beberapa alasan yang diutarakan oleh lelaki keranatidak mahu menerima wanita sebagai ketua adalah seperti berikut: (1) wanita tidak begitu yakin, (2) wanita mempunyai kurang pengaruh atau kuasa, (3) wanita kurang bijak berurusan, dan (4) wanita kadang-kadang terlalu mendesak.
Masih dalam perihal yang sama, dimana dalam kajian yang dilakukan oleh Norhannan Ramli & Jamaliah Abdul Hamid juga menekankan tentang pengamalan Gaya kepemimpinan, kerana menurut beliau bahawa sesebuah sekolah akan berjaya apabila pengetua dapat mengamalkan gaya kepimpinan yang berwibawa.Kepimpinan yang berwibawa yang dimaksud adalah meliputi memiliki pengetahuan yang meluas dalam aspek pengurusan sekolah yang didalamnya termasuklah pengurusan pejabat,pengurusan kurikulum, perkembangan kakitangan, motivasi kepada guru-guru, pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah, hubungan dengan luarsekolah serta berusaha meningkatkan prestasi sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia 1990).

C.1. Dapatan Kajian
Seramai 30 orang guru (14.8%) berumur 30 tahun kebawah, 52 orang guru (25.6%) berumur di antara 31 hingga 35 tahun, 62 orang guru (30.5%) berumur di antara 36 hingga 40 tahun, 31 orang guru (15.3%)berumur di antara 41 hingga 45 tahun, 18 orang guru (8.9%) berumur di antara 46 hingga 50 tahun dan 10 orang guru (4.9%) berumur 51 tahun dan ke atas.Seramai 6 responden (3.0%) berkelulusan STP/HSC/STPM, 9 responden (4.4%) 58 berkelulusan Diploma, 171 responden (84.2%) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan 17 responden (8.4%) berkelulusan Ijazah Sarjana. Secara kumulatifnya,92.6% responden mempunyai taraf pendidikan yang tinggi, iaitu berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Dari segi tempoh kerjaya dalam perguruan pula didapati 35 orang guru (17.2%) mempunyai pengalaman mengajar kurang daripada 5 tahun, 64 orang guru (31.5%) mempunyai pengalaman mengajar di antara 6 hingga 10 tahun, 55 orang guru (27.1%) mempunyai pengalaman mengajar di antara 11 hingga 15 tahun, 17 orang guru (8.4%) mempunyai pengalaman mengajar di antara 16 hingga 20 tahun dan 32 orang guru (15.8%) mempunyai pengalaman mengajar melebihi 21 tahun. Seterusnya, tempoh mengajar di sekolah kajian pula mendapati, 4 orang guru (2.0%) telah mengajar kurang daripada 1 tahun, 115 orang guru (56.7%)telah mengajar di antara 1 hingga 5 tahun, 58 orang guru (28.6%) telah mengajar
Latar belakang
Kerapan
Peratusan
Umur
· Kurang dari 30 Tahun
· 31 Hingga 35 tahun
· 36 Hingga 40 Tahun
· 41 Hingga 45 Tahun
· 46 Hingga 50 Tahun
· 51 Tahun Keatas

30
52
62
31
18
10

14.8
25.6
30.5
15.3
8.9
4.9
Taraf Pendidikan tertinggi
· STPM/HSC/STPM
· Diploma
· Ijazah Sarjana Muda
· Ijazah Sarjana

6
9
171
17

3.0
4.4
84.2
8.4
Pengalaman Mengajar
· Kurang 1 Tahun
· 6 Hingga 10 Tahun
· 11Hingga 15 Tahun
· 16 Hingga 20 Tahun
· 21 Tahun keatas

35
64
55
17
32

17.2
31.5
27.1
8.4
15.8
Tempoh Mengajar disekolah Kajian
· Kurang 1 Tahun
· 1 Hingga 5 tahun
· 6 Hingga 10 tahun
· 11 Hingga 15 tahun
· 16 Hingga 20 Tahun
· 21 Tahun Ke atas

4
115
58
14
10
2

2.0
56.7
28.7
6.9
4.9
1.0






Jadual 1: Maklumat Responden
di antara 6 hingga 10 tahun, 14 orang guru (6.9%) telah mengajar di antara 11 hingga 15 tahun, 10 orang guru (4.9%) telah mengajar di antara 16 hingga 20 tahun dan 2 orang guru (1.0%) telah mengajar di antara 21 hingga 25 tahun.Jadual 1 menunjukkan maklumat demografi responden.
Dan berdasarkan Dapatan kajian telah menunjukkan korelasi positif yang signifikan, tetapi lemah antara tahap motivasi guru dengan gaya kepimpinan pengetua wanita, iaitu r= .22, p <.05 (lihat Jadual 10). Ini bermakna walaupun tahap motivasi gurudipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua mereka,tetapi hubungan ini adalah rendah.


D. Ulasan analitikal berpadukan Teori asas dalam Pengurusan Pendidikan
Kajian yang dikaji dan ditulis oleh Norhannan Rami & Jamaliah Abdul Hamid mengenai ” Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya dengan Tahap Motivasi Guru Sekolah Menengah “ maka kita dapatkan jauh dari perspektif ke agamaan, hal itu terlihat dari tidak ada satupun rujukan Gaya kepemimpinan yang disinggung dalam kacamata Islam, padahal islam memiliki konsep yang lebih jelas mengenai Gaya kepemimpinan, walaupun penulis tidak mengkaji tentang ke Agamaan, tetapi rujukan lebih banyak pada konsep-konsep luar islam. Termasuk membincangkan tentang kepemimpinan Pengetua wanita, walaupun kita pahami masih ada khilafiyah dalam menginterpretasikan ayat-ayat mengenai kepemimpinan yang di pegang oleh seorang perempuan.
Dilain sisi, Kepemimpinan perempuan oleh sebahagian orang memang masih mengangap bahawa kepemimpinan perempuan masih memiliki kelemahan, tetapi kalau kita perhatikan pada Pengurusan Sumberdaya Manusia, perempuan bukan sebuah perkara, tetapi yang sangat urgen adalah bagaimana aset organisasi itu di gunakan, yaitu manusianya untuk mencapai matlamat organisasi
Seorang pengetua hendaklah mempunyai cita-cita dan sentiasa mencari idea-idea baru untuk meningkat proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih bekesan. Sekolah perlu kepada seorang pemimpin yang berjiwa besar, semangat dan cita-cita tinggi kerana kepemimpinan sekolah adalah begitu kompleks. Sebahagian besar inputnya adalah manusia. Manakala outputnya juga adalah manusia, tidak seperti firma atau kilang-kilang yang mengeluarkan produk yang berupa barangan (goods). Pengetua terpaksa berhadapan dengan guru-guru pimpinannya dan pelajar-pelajar sebagai sasarannya. Di sekelilingnya adalah masyarakat yang sentiasa melihat pekembangan pengajaran dan pembelajaran di sekolah itu, melalui anak-anaknya. Jadi, sebagai seorang pengetua terpaksa berhadapan dengan tiga dimensi, guru dan kakitangan sokongan, murid dan masyarakat.( Mohd Yazid Yusoff,2008)
Kerana Keberksanan dalam sebuah kepemimpinan, bukan dikeranakan jantina atau laki-laki, tetapi lebih pada bagaimana seorang pengetua memainkan kecakapannya dari segala aspek, seperti komunikasi, serta langkah-langkah dalam memotivasi warga organisasinya.
Persolan jantina, itu bukan masaalah. Warga oragnisasi tidak boleh bias gender dalam hal pengetua, kerana kepemimpinan tersebut lebih pada kemampuan seseorang. Pengetua harus boleh membangun perhubungan sosial yang baik dengan warga organisasi, (Ch.Elton Mayo 1880-1949)
Dalam kepemimpinan, meskipun pengetuanya adalah perempuan, namun kepekaan(Responsibiliti) terhadap warga organisasi mesti diperhatikan, pengetua harus boleh membaca apa yang di ingini oleh kaki tangan, kepemimpinan haruslah fleksibel, kerana tingkah laku manusia berdasarkan tahap-tahap keperluan teori Motivasi Abraham Maslow
Jikapun ada dualisma dalam kepemimpinan pengetua wanita dalam bebanan tugas, namun itu tidak boleh dijadikan jastifikasi bahawa Wanita tidak boleh jadi pengetua apalagi menganganggap wanita tidak adil, dan kesemuanya itu sering disalah artikan dengan mengatakan bahawa pengetua wanita dalam membuat keputusan sering berdasarkan emosi dan sentimen (Baron, 1987).


E. Sokongan literatur & Dapatan kajian lepas
Adrianto Sugiarto Wiyono,( 2008) Gaya kepemimpinan adalah cara dan pendekatan dalammemberikan arahan, implementasi rencana, dan memotivasi orang
Robiah sidin,( 2003) Gaya kepemimpinan itu berbeza bagi setiap penegtua, tetapi yang paling penting adalah bagimana mempengaruhi sumber tenaga dalam organisasi baik pengetua itu seorang jantina, kerana kepemimpinan dalah segala usaha yang diambil untuk menggerakkan sumber tenaga dalam sebuah oragnisasi
Latip B.Muhammad,( 2007 ) Seorang pengetua adalah pemimpin yang mempunyai tanggung jawab besar untuk memandu sekolah dan warganya
Maimunah aminuddin,( eds.2 2003) Seorang pengetua wanita dalam kepemimpinan tidak boleh otokritik tetapi harus boleh menghargai warga oraganisasinya, kerana seseorang individu yang merasa dirinya pentin akan lebih mengahargai pekerjaanya
Ab Aziz Yusof, (2008 )Seorang pengetua perlu menjaga perhubungan yang baik di antara subordinat dengan pemimpin adalah penting bagi mengahasilkan pencapaian kerja yang tinggi
Abdul Ghani Abdullah & Tang Keow Ngang , (2006)Gaya kepemimpinan seorang Pengetua dalam memajukan organisasinya boleh sahaja menjalankan Budaya kolaboratif kerana berkait rapat dengan sikap, tingkah laku, kognitif,dan kefahaman serta komitmen guru terhadap kerja. Selanjutnya Budaya organisasi yang jelas dan kuat perldikembangkan dan dikongsioleh semua ahli sekolah.Inimembolehkanmerekabersediauntuk berkongsitanggungjawab dan terlibat sepenuhnya dalam kerja sekolah untuk mencapaiidea-idea yang dikongsi bersama
Smith, (1989) Stail kepemimpinan ialah cara pemimpin memimpin atau cara pengetua mempengaruhi tingkah laku pengikutnya untuk mencapai matlamat organisasi.

Dapatan kajian di Malaysia (Abdul Karim Mohd. Nor, 1987; Chairil Marzuki, 1997;Rahimah Ahmad, 1982) mengatakan bahawa kepemimpinan pengetua memainkan peranan yang penting untuk melahirkan sekolah yang berkesan

Kemudian berdasarkan laporan A Nation At Risk, 1983, Action For Excellence, 1983, Bettter Edcuation for Michigan Citizen : A Blue Print For Action, 1984 di Amerika Syarikat dankajian-kajian Edmonds, (1979), Hussien Mahmood, (1993) (dalam Mahawa binti Pilus,2002) didapati bahawa kepemimpinanpengetua atau guru besar merupakan penggerak utama bagi kejayaan sesebuah sekolah.

Fiedler,(1967) dalam Aminuddin(1990), gaya kepemimpinan ialah Struktur keperluan yang memotivasikan tingkah lakunya dalam pelbagai situasi kepemimpinan.Ainon (2005), menyatakan gaya kepimpinan merupakan cara seseorang itu
berfikir, sikapnya dan tingkah lakunya.

Kesimpulan.
Menjadi pengetua, khasnya disekolah adalah hak semua orang, hak-hak ini tidak boleh dibatasi oleh gender dan itu harus di berikan. Kerana persoalan pengetua persoalan kemampuan, kecakapan, kerana pengetua adalah pemimpin maka kecakapan dia seorang pemimpin adalah bagaimana mampu mempengaruhi orang lain untuk mencapai matlamat organisasinya, upaya ke hala tersebut dikembalikan kepada bagaimana Gaya seorang pengetua tersebut sebagaimana dikatakan oleh Smith, (1989) Stail kepemimpinan ialah cara pemimpin memimpin atau cara pengetua mempengaruhi tingkah laku pengikutnya untuk mencapai matlamat organisasi.

Dan jika yang menjadi pengetua adalah jantina(wanita), maka selama pencapaian matlamat oragnisasi dapat berjalan secara berkesan, maka dapat kita pahami bahawa kepemimpinan penegtua telah berjaya termasuk mengaplikasikan segala Gaya kepemimpinannya, sehingga mengenai dualisma dalam bebanan tugas, iaitu sebagai pengetua di sekolah dan menghadapi tugas dan tanggungjawab mengurus rumah tangga (Langer & Boris-Schacter2003) tidak boleh dijadikan sebagai justifikasi.
Kerana Keberksanan dalam sebuah kepemimpinan, bukan dikeranakan jantina atau laki-laki, tetapi lebih pada bagaimana seorang pengetua memainkan kecakapannya dari segala aspek, seperti komunikasi, serta langkah-langkah dalam memotivasi warga organisasinya.
Apalgi tulisan hasil kajian yang dilakukan oleh Norhannan Rami & Jamaliah Abdul Hamid (2006).tentang “Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita dan Hubungannya denganTahap Motivasi Guru Sekolah Menengah “ telah membuktikan dengan hasil dapatannya bahawa hasil kajian telah menunjukkan korelasi positif yang signifikan, tetapi lemah antara tahap motivasi guru dengan gaya kepimpinan pengetua wanita, iaitu r= .22, p <.05 (lihat Jadual 10). Ini bermakna walaupun tahap motivasi guru dipengaruhi oleh persepsi mereka terhadap gaya kepimpinan pengetua mereka,tetapi hubungan ini adalah rendah.




Daftar Pustaka
Ab Aziz Yusof. 2008. Mengurus Perubahan dalam Organisasi. Shah Alam: KHL Printing Co.
Ab.Kadir Nordin. 2000. Gaya kepimpinan Pengetua cemerlang di dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Seremban. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia,
Aminudin Mohd Yusof. 1990. Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ainon Mohd. 2005. Teori dan Teknik Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Pahang: PTS Professional
Mohd Majid Konting. 1990. Kaedah penyelidikan pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.
Maimunah Aminuddin. 2003. Panduan Pengurusan Sumber Manusia. Ed. Ke-2 Selangor : Fajar Bakti
Mohd. Khadri fazil Rahman. 2003. Gaya komunikasi pengetua dan hubungannya dengan kepuasan bekerja. Bangi : Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
Robiah sidin. 2003. Teori pentadbiran pendidikan. Malaysia: University Kebangsaan Malaysia.
Sitohang,J.S. 1989. Gaya kepimpinan Sukarno-Suharto. Jakarta : CV Pustaka Aksara
Smith, P.B., & Peterson, M. F. 1989. Leadership, organizations and culture: Aeventmanagement model. London: Sage Publications

1 komentar:

Taufik Al Mubarak mengatakan...

beurajin jak sikula, bek gadoh ngen peu laen beh.bek teu ingat le bak ata tajak uroenyan.